Pekerjaan
hajji menurut syariat ialah mengunjungi ka’abah di Makkah. Ada beberapa syarat
berhubung dengan ibadat hajji: memakai ihram – dua helai kain yang tidak
berjahit menandakan pelepasan semua ikatan duniawi; memasuki Makkah dalam
keadaan berwuduk; tawaf keliling ka’abah sebanyak tujuh kali tanda penyerahan
sepenuhnya; lari-lari anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali; pergi ke
Padang Arafah dan tinggal di sana sehingga matahari terbenam; bermalam di
Musdalifah; melakukan korban di Mina; meminum air zamzam; melakukan sembahyang
dua rakaat berhampiran dengan tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri. Bila
semua ini dilakukan pekerjaan hajji pun sempurna dan balasannya diperakui. Jika
terdapat kecacatan pada pekerjaan tersebut balasannya dibatalkan. Allah Yang
Maha Tinggi berfirman:
“Sempurnakan hajji dan umrah kerana Allah”. (Surah al-Baqarah, ayat 196).
“Sempurnakan hajji dan umrah kerana Allah”. (Surah al-Baqarah, ayat 196).
Bila
semua itu telah selesai banyak daripada hubungan keduniaan yang ditegah semasa
pekerjaan hajji dibolehkan semula. Sebagai tanda selesainya pekerjaan hajji
seseorang itu melakukan tawaf terakhir sekali sebelum kembali kepada kehidupan
harian.
Ganjaran
untuk orang yang mengerjakan hajji dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya:
“Dan barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia, dan kerana Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu bagi yang berkuasa ke sana”. (Surah al-‘Imraan, ayat 97).
“Dan barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia, dan kerana Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu bagi yang berkuasa ke sana”. (Surah al-‘Imraan, ayat 97).
Orang
yang sempurna ibadat hajjinya selamat daripada azab neraka. Itulah balasannya.
Pekerjaan
hajji kerohanian memerlukan persiapan yang besar dan mengumpulkan
keperluan-keperluan sebelum memulakan perjalanan. Langkah pertama ialah mencari
juru pandu, pembimbing, guru, seorang yang dikasihi, dihormati, diharapkan dan
ditaati oleh orang yang mahu menjadi murid itu. Pembimbing itulah yang akan
membekalkan murid itu bagi mengerjakan hajji kerohanian, dengan segala
keperluannya.
Kemudian
dia mesti menyediakan hatinya. Untuk menjadikannya jaga seseorang itu perlu
mengucapkan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah” dan mengingati Allah dengan
menghayati kalimah tersebut. Dengan ini hati menjadi jaga, menjadi hidup. Ia
hendaklah mengingati Allah dan berterusan mengingati Allah sehingga seluruh
diri batin menjadi suci bersih daripada selain Allah.
Selepas
penyucian batin seseorang perlu menyebutkan nama-nama bagi sifat-sifat Allah
yang akan menyalakan cahaya keindahan dan kemuliaan-Nya. Di dalam cahaya itulah
seseorang itu diharapkan dapat melihat ka’abah bagi hakikat rahsia. Allah
memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s melakukan penyucian
ini:
“Janganlah engkau sekutukan Aku dengan sesuatu apa pun dan bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang rukuk, dan yang sujud”. (Surah al-Hajj, ayat 26).
“Janganlah engkau sekutukan Aku dengan sesuatu apa pun dan bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang rukuk, dan yang sujud”. (Surah al-Hajj, ayat 26).
Sesungguhnya
ka’abah zahir yang ada di Makkah dijaga dengan bersih untuk para pekerja hajji.
Betapa lebih lagi kesucian yang perlu dijaga terhadap ka’abah batin yang ke
atasnya hakikat akan memancar.
Selepas
persediaan itu pekerja hajji batin menyelimutkan dirinya dengan roh suci,
mengubah bentuk kebendaannya menjadi hakikat batin, dan melakukan tawaf ka’abah
hati, mengucap di dalam hati nama Tuhan yang kedua- “ALLAH”, nama yang khusus
bagi-Nya. Ia bergerak dalam bulatan kerana laluan rohani bukan lurus tetapi
dalam bentuk bulatan. Akhirnya adalah permulaannya.
Kemudian
ia pergi ke Padang Arafah hati, tempat batin yang merendahkan diri dan merayu
kepada Tuhannya, tempat yang diharapkan seseorang dapat mengetahui rahsia “La
ilaha illa Llah”, “Yang Maha Esa, tiada sekutu”. Di sana ia berdiri mengucapkan
nama ketiga “HU” – bukan sendirian tetapi bersama-Nya kerana Allah berfirman:
“Dia beserta kamu walau di mana kamu berada”. (Surah al-Hadiid, ayat 4).
“Dia beserta kamu walau di mana kamu berada”. (Surah al-Hadiid, ayat 4).
Kemudian
dia mengucapkan nama keempat “HAQ”, nama bagi cahaya Zat Allah – dan kemudian
nama kelima “HAYYUN” – hidup Ilahi tang darinya hidup yang sementara muncul.
Kemudian dia menyatukan nama Ilahi Yang Hidup Kekal Abadi dengan nama keenam
“QAYYUM” – Yang Wujud Sendiri, yang bergantung kepada-Nya segala kewujudan. Ini
membawanya kepada Musdalifah yang di tengah-tengah hati.
Kemudian
dia di bawa ke Mina, rahsia suci, intipati atau hakikat, di mana dia ucapkan
nama yang ke tujuh “QAHHAR” – Yang Meliputi Semua, Maha Keras. Dengan kekuasaan
nama tersebut dirinya dan kepentingan dirinya dikorbankan. Tabir keingkaran ditiupkan
dan pintu kebatilan diterbangkan.
Mengenai
tabir yang memisahkan yang dicipta dengan Pencipta, Nabi s.a.w bersabda, “Iman
dan kufur wujud pada tempat di sebalik arasy Allah. Keduanya adalah hijab
memisahkan Tuhan daripada pemandangan hamba-hamba-Nya. Satu adalah hitam dan
satu lagi putih”.
Kemudian
kepada roh suci dicukurkan daripada segala sifat kebendaan.
Dengan
membaca nama Ilahi ke lapan “WAHHAB” – Pemberi kepada semua, tanpa batas, tanpa
syarat – dia memasuki daerah suci bagi Zat. Kemudian dia mengucapkan nama
kesembilan “FATTAH” – Pembuka segala yang tertutup.
Memasuki
ke tempat menyerah diri di mana dia tinggal mengasingkan diri, hampir dengan
Allah, dalam keakraban dengan-Nya dan jauh daripada segala yang lain, dia
mengucapkan nama yang ke sepuluh “WAHID” – Yang Esa, yang tiada tara, tiada
sesuatu menyamai-Nya. Di sana dia mula menyaksikan sifat Allah “SAMAD” – Yang
menjadi sumber kepada segala sesuatu. Ia adalah pemandangan tanpa rupa, tanpa
bentuk, tidak menyerupai sesuatu.
Kemudian
tawaf terakhir bermula, tujuh pusingan yang dalam tempoh tersebut dia
mengucapkan enam nama-nama yang terakhir dan ditambah dengan nama ke sebelas
“AHAD” – Yang Esa. Kemudian dia minum daripada tangan keakraban Allah.
“Dan Tuhan mereka membuat mereka meminum minuman asli”. (Surah Insaan, ayat 21).
“Dan Tuhan mereka membuat mereka meminum minuman asli”. (Surah Insaan, ayat 21).
Cawan
yang di dalamnya minuman ini disediakan ialah nama yang kedua belas “SAMAD” –
Sumber, yang menunaikan segala hajat, satu-satunya tempat meminta tolong.
Dengan
meminum dari sumber ini dia melihat semua tabir tersingkap daripada wajah
keabadian. Dia mendongak melihat kepada-Nya dengan cahaya yang datang
daripada-Nya. Alam ini tiada persamaan, tiada bentuk, tiada rupa. Ia tidak
mampu diterangkan, diibaratkan, alam yang tidak ada mata pernah melihatnya,
tiada telinga pernah mendengarnya dan tiada hati manusia yang ingat. Kalam
Allah tidak didengar dengan bunyi atau dilihat dengan tulisan. Kesukaan yang
tiada hati manusia boleh merasai ialah kelazatan menyaksikan hakikat Allah dan
mendengar percakapan-Nya:
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah akan tukarkan kejahatan-kejahatan mereka kepada kebaikan-kebaikan”. (Surah al-Furqaan, ayat 70).
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah akan tukarkan kejahatan-kejahatan mereka kepada kebaikan-kebaikan”. (Surah al-Furqaan, ayat 70).
Kemudian
pekerja hajji itu dibebaskan daripada semua perbuatan yang daripada dirinya dan
bebas daripada ketakutan dan dukacita.
“Ketahuilah sesungguhnya pembantu-pembantu Allah, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita”. (Surah Yunus, ayat 62).
“Ketahuilah sesungguhnya pembantu-pembantu Allah, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita”. (Surah Yunus, ayat 62).
Akhirnya
tawaf selamat tinggal dilakukan dengan mengucapkan semua nama-nama Ilahi.
Kemudian
pekerja hajji kembali ke rumahnya, ke tempat asalnya, bumi suci di mana Allah
ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik dan paling indah. Ketika
kembalinya itu dia mengucapkan nama kedua belas “SAMAD”, perbendaharaan yang
daripadanya semua keperluan makhluk dibekalkan. Itu adalah alam kehampiran
Allah. Itulah tempat kediaman pekerja hajji batin, dan ke sanalah mereka
kembali.
Hanya
itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan akal mampu
terima. Selepas itu tiada berita yang boleh diberi kerana selebih daripada itu
tidak boleh disaksikan, tidak dimengerti, tidak mampu difikir atau diterangkan.
Nabi s.a.w bersabda, “Ada ilmu yang tinggal tetap seumpama khazanah yang tertanam.
Tiada siapa yang boleh mengetahuinya dan tiada siapa boleh mendapatkannya
melainkan mereka yang menerima ilmu Ilahi”, tetapi bila diperdengarkan
kewujudan ilmu demikian, yang ikhlas tidak menafikannya.
Manusia
yang memiliki pengetahuan biasa mengumpulkan apa yang boleh dikumpulkan di
permukaan. Orang yang memiliki ilmu ketuhanan mengeluarkan dasarnya. Hikmah
kebijaksanaan orang arif adalah sebenar-benar rahsia bagi Allah Yang Maha
Tinggi. Tiada siapa yang tahu apa yang Dia tahu kecuali Dia sendiri.
“Sedang mereka tidak meliputi (sedikit pun) daripada ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi langit-langit dan bumi, dan memelihara keduanya tidaklah berat bagi-Nya”. (Surah al-Baqarah, ayat 255).
“Sedang mereka tidak meliputi (sedikit pun) daripada ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi langit-langit dan bumi, dan memelihara keduanya tidaklah berat bagi-Nya”. (Surah al-Baqarah, ayat 255).
Mereka
yang dirahmati, yang dikurniakan sebahagian ilmu-Nya adalah nabi-nabi dan
kekasih-Nya yang berjuang untuk datang hampir kepada-Nya. Firman-Nya:
“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7).
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang sangat baik”. (Surah Ta Ha, ayat 8).
“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7).
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang sangat baik”. (Surah Ta Ha, ayat 8).
Dan
Allah paling mengetahui.
Referensi: kitab Athoriq ilalqulub
Tidak ada komentar:
Posting Komentar